Harga Durian Dijαngkα Naik Sekali Gαndα, Ini Puncαnyα

Pada musim akan datang, harga durian dijangka naik termasuk Musang King yang mencecah RM80 sekilogram di seluruh negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah susulan bekalan buah durian mengalami penyu’sutan disebabkan cuaca hujan berterusan.

Katanya, perkara itu turut dimaklumkan Persatuan Penanam Durian mengenai ke’naikan harga bagi durian premium termasuk Black Thorn (duri hitam) dan Musang King.

“Kita jangka harga durian akan naik sekali ganda, termasuklah Black Thorn boleh mencecah RM100 sekilogram, manakala Musang King sekitar RM60 sehingga RM80.

Kredit: The Star

“Ini disebabkan bekalan durian mero’sot atas faktor cuaca hujan berterusan, baja dan kenaikan gaji pekerja,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas masjlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di kediamannya di Umbai, di sini hari ini.
Jelasnya, cuaca hujan yang berterusan telah memberi kesan kepada proses pembungaan dan menyebabkan putik durian gugur.

Dalam pada itu, Ahmad Hamzah memberitahu, Pulau Pinang dan Perak telahpun mengalami penyu’sutan tersebut mencecah 50 peratus.

“Saya telah minta pandangan daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berhubung isu ini termasuk Pulau Pinang dan Perak yang telah menyaksikan penyusu’tan hasil durian.

Kredit: themalayapost.my

“Kita tidak dapat nak kawal harga yang ditetapkan pemborong dan peniaga durian, jadi apa pun ia berbalik kepada prinsip asas ekonomi iaitu apabila permintaan lebih tinggi dari pengeluaran, harga akan naik,” katanya

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar utama, Malaysia Post dan Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.