“Jodoh baik di tempat baik..” Neelofa Kongsi Kisah Perkenalan Dengan PU Riz

Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa baru-baru ini mendedahkan bagaimana dia jatuh cinta dengan suaminya itu.

Perkara itu didedahkan selepas lebih setahun berkahwin dan dia jatuh cinta ketika suaminya itu, Muhammad Haris Mohd. Ismail menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Katanya lagi, Haris adalah individu terakhir yang dihubungi selepas beberapa nama lain tidak mempunyai kelapangan memenuhi un’dangan tersebut.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa itu tahulah dia ‘handsome’ (kacak).

“Sewaktu puasa ketika pande’mik tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Tetapi orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan Haris, jadi saya panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Perkara itu didedahkan selepas menghadiri program MeleTOP yang pernah dikendalikannya sebelum ini.

Selain itu, kelihatannya PU Riz tampak tersipu-sipu ma’lu apabila Neelofa membuka mulut berkongsi detik permulaan cinta mereka, hos program iaitu Nabil Ahmad serta Elly Mazlein juga rancak mengu’sik.

Menerusi rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi program MeleTOP, Haris dilihat turut mencelah sambil sesekali tertawa kecil.

“Cerita macam ini malu, cerita sikit-sikit saja. Okey cukup, ringkas, padat dan sampai,” kata lelaki berusia 27 tahun itu kepada isterinya.

Malah suasana bertambah gamat apabila Nabil dan Elly juga tidak keting’galan ‘mencuit’ mereka perihal duit raya permata hati, Muhammad Bilal yang mencecah RM14,000.

Kredit: IG Neelofa

Akui usahawan wanita itu lagi, dia hanya menyedari jumlah kutipan duit raya berkenaan selepas mahu membuka akaun bank buat Bilal.

“Kami tak perasan pun, masa itu kami memang nak buka akaun bank untuk dia. Bila buat kira-kira, alhamdulilah.

“Duit yang datang pula daripada kawan-kawan mak kita, saudara-mara dari Kelantan dan Besut yang kirimkan. Rezeki lah si kecil itu,” katanya.

Kredit: IG Neelofa

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar utama, IG Neelofa dan Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.