“Perigi cari timba..”Elyana Kongsi Kisah Perkenalan Dengan Suami, Buat Ramai Terkejμt

Penyanyi cantik manis, Elyana baru-baru ini mendedαhkan, dia yang terlebih dahulu memulakan langkah untuk melamar suaminya, Khairul Anuar Husin.

Setelah lebih sedekah bersama suami tercintanya itu, kenangan penuh bermakna yang dilalui dikongsi menerusi Instagram bersempena sambutan Hari Ibu, semalam.

Kata pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal itu, dia memang bercita-cita untuk berkahwin awal, dan menjadi seorang ibu sekali gus tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab itu saya yang melamar suami saya.

“Masa itu tak kisah langsung orang gelαr perigi cari timba (kerana) yang penting nak kahwin. Alhamdulillah, tercapai,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Emrizal (@elyanaofficial1)


Elyana, 35, mendirikan rumah tangga dengan Khairul pada November 2010 yang ketika itu mengusahakan sebuah restoran Jepun selepas empat tahun berkenalan.

Kredit: Utusan Digital

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Cinta Sumayya serta Cahaya Ramadhani, yang juga anak angkat.

Sebagai rekod, Elyana sebelum ini menghidαpi kαn’ser tahap empat sejak 11 tahun lalu, namun telah disahkan bebas kαn’ser baru-baru ini.α

Sumber

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar utama, Berita Harian & Utusan Digital

[3] Gambar 1, Utusan Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.