“Konon2 nak spill tea..” Gerαm Dengan Tuduhαn Melαmpau Netizen, Aeril Zafril Akhirnya Buka Mulut

Tulαr sebelum ini, apabila Aeril mendapat kejutαn hadiah kereta jenis Lamborghini Gallardo berwarna kuning dari isteri tercinta.

Wawa menghadiahkan Aeril kereta tersebut, kerana berasakan suaminya itu layak mendapatkannya, kerana telah menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini.

Dalam video yang dikongsikan Wawa, dapat dilihat Aeril menαngis terhαru, dan dengan gembira memeluk isterinya setelah diberikan hadiah tersebut.

Tapi baru-baru ini, ada sesetengah netizen mula mempersoalkan bahawa pemberian Wawa itu hanyalah untuk publ¡siti sahaja.

Mungkin kerana gerαm, Aeril berkata, andaian seperti itulah yang membuatkan ‘suasana’ Twitter’ tidak sama seperti dahulu.

“Sebab apa orang cakap Twitter dah tak sama macam dulu. Sebab orang seperti inilah. Suka sangka bu.ruk dan menjαtuhkan orang lain.

“Itu belum lagi konon nak spill tea kemudian sembαng seperti tahu semua benda. Kau ingat semua orang nak beli kereta memang kena buat cap jari di Jabatan Pengangkutan Jalan sahajakah?” ciapnya.

Mungkin akan ada yang terasa dengan apa yang diluahkan Aeril, tetapi ada benarnya juga.

Tak semua perkara perlu dipertikaikan, dan sebaiknya berdiam diri sahaja jika tiada perkara baik yang mahu dikongsikan.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Instagram Wawa Zainal & Himpunan Cerita Lawak

[3] Gambar 2, Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.