(Video) Iqbal Bakal Agih Duit Raya RM70,000 Malam Ni, Lokαsinyα Didedαhkαn

Seperti yang dijanjikan, penyanyi, pelakon dan usahawan terkenal, Ahmad Iqbal bakal mengagihkan duit raya kepada orang ramai, yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, sekitar pukul 8.45 malam ini.

Menerusi laporan Kosmo, Iqbal dijangka akan tiba di KLIA 2 dengan menaiki penerbangan AirAsia.

Katanya, dia masih mempunyai baki duit raya sebanyak RM70,000 daripada jumlah keseluruhan duit raya yang disediakan iaitu RM100,000.

“Assalamualaikum. Malam ini saya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2).”

“Saya nak beri duit raya lagi memandangkan saya sudah berjanji untuk beri duit raya.”

“Setakat ini saya baru belanjakan sebanyak RM30,000. Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat untuk beri duit raya,” katanya di InstaStory.

Selain itu, dia juga akan mengagihkan duit raya itu secara ra’wak, bergantung ‘duit kecil’ yang berbaki miliknya ketika ini.

“Saya beri tidaklah banyak. Ada RM5, RM10. Paling banyak mungkin RM50. Saya akan beri secara ra’wak.

“Saya juga memerlukan duit kecil. Kalau ada siapa boleh sediakan untuk saya dalam RM10,000, saya mahu tukar. Mohon ban’tuan supaya lebih ramai lagi yang dapat duit raya,”

Tambahnya lagi, dia perlu kotakan janjinya kepada orang ramai, untuk menga’gihkan duit raya seperti yang dijanjikan.

Pada masa sama, Iqbal berharap tidak diserbu oleh peminatnya ketika berada di KLIA nanti dan akan memberikan duit raya kepada orang ramai yang berada di sana sahaja.

 

Kredit: IG Iqbal

Sebelum ini, impian Iqbal untuk memiliki seorang anak akhirnya dimakbulkan apabila mengambil seorang anak angkat lelaki baru berusia tujuh hari.

Menurut Iqbal lagi, dia yang akan menguruskan dari segi penjagaan anak angkatnya itu serta memohon doa agar dia dapat menjaga anaknya itu dengan sempurna.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo dan Rotikaya

[2] Gambar utama, IG Iqbal

Leave a Reply

Your email address will not be published.