“Nanti dah jadi kaya janganlah lupa kepada mak ayah macam anak makcik”

Bulan beribadat kini telah mela’buh tirai, tetapi ia tidak mengha’ang segelintir individu untuk berbakti kepada orang ramai.

Pelbagai cara kita yang boleh kita lakukan seperti membantu orang yang memerlukan.

Usaha mulia itu giat dilakukan oleh seorang pemudah bernama Muizzudin Othman dengan memberi sumbangan wang tunai, pada 2 malam terakhir ramadan lalu.

Difahamkan, pemuda ini bekerja sendiri dan kerap kali memberi ban’tuan kepada orang memerlukan.

“Dua hari sebelum raya, saya dan tiga rakan berniaga berhajat nak beri bantuan dalam berkongsi rezeki di bulan puasa”

“Kami berpakat untuk buat kebajikan sekitar Kajang dengan memberi sumbangan kepada gelan’dangan di tepi-tepi jalan.”

“Sebelum ini pun kami ada buat misi ban’tuan untuk mang’sa ban’jir.”

“Masa kami sedang beri ban’tuan, ternampak seorang makcik duduk dekat stesen bas.”

“Makcik tu macam tak ada hala tuju jadi kami pun pergi tegur dia”

Menerusi perkongsian pemuda itu, wanita itu telah berpi’sah dengan suaminya dan mempunyai empat anak yang sudah berkahwin.

Makcik ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mengambil upah untuk memcuci di masjid.

“Dia beritahu yang anak-anaknya semua dah tak ambil berat pasal dia sebab mereka duduk jauh. Mereka pun semua dah ada kerja jadi tak duduk dengannya.”

Selepas pemuda itu memberi sumbangan, makcik itu sempat berpesan seperti dibawah;

“Bila dah kaya jangan jadi macma anak dia, jangan lupa ibu bapa”

Pena’fian: Makcik ni tidak bercerita lebih lanjut pasal anak dia bu@ng dia

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar-gambar, mStar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.