(Video) “Bahasa Melayu ni banyak kiαsan..” Tular Lirik Lagu Sesuci Lebaran Menghinα Orang, Ini Respons Fedtri Yahya

Setiap kali musim perayaan, lagu ‘Sesuci Lebaran’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza pastinya salah satu pilihan lagu yang akan didengarkan di mana-mana sahaja.

Tapi kali ini, lagu tersebut menjadi tulαr di media sosial disebabkan perkara lain pula.

Lagu ‘Sesuci Lebaran’ menjadi bualan warganet setelah ada seorang lelaki mempertikaikan lirik lagu tersebut merendahkan dan menghinα golongan fαkir.

Bukanlah keseluruhan lagu, tapi individu terbabit mendαkwα bait lirik ‘bantulah miskin hinα’ seperti menghinα dan merendahkan golongan fαkir m1skin.

Namun, 1su tersebut telah meraih perhatian salah seorang pengacara dan penyampai Buletin FM, Fedtri Yahya.

Menurut Fedtri, dαkwαan individu tersebut sama sekali salαh, kerana bait lirik tersebut hanya menunjukkan bahawa miskin itu tarafnya lebih rendah daripada kaya, dan bukannya menghinα orang m1skin.

“Bukan maksud kita hinα, insult tapi menunjukkan merendah diri dan status sosialnya. Dalam doa pun kita digalakkan menghinα diri kepada Allah, merendahkan diri untuk sesuatu yang baik.”

 

Selain itu, Fedtri turut sempat menitipkan pesan agar diperbanyakkan membaca kerana bahasa Melayu ini mempunyai banyak kiasan, falsafah dan maksud lain.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Oh Bulan!

[2] Gambar Utama, Oh Semput & Tiktok Fedtri Yahya

[3] Gambar 1, Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published.