(Video) “Cahaya itu muncul hampir sejam..” Wanita Berjaya Rakam Kalimah Allah Pada Langit, Bukti Kebesaran Allah S.W.T

Tulαr sejak semalam apabila sebuah video yang merakam awan berbentuk kalimah Allah berjaya dirakam di langit sekitar pukul 11.30 malam tadi.

Rakaman tersebut berjaya dirakam oleh Nur Zahirah Ulfah, 30 dan dimuat naik di media sosial Facebook miliknya.

Nur Zahirah yang menetap di Jitra, mengatakan dia sebαk dan bersyukur, kerana dapat melihat sendiri kebesaran Allah di malam 27 Ramadhan ini.

Menurut Zahirah, pada ketika itu, dia sedang berbual dengan suaminya, Muhammad Faiz Ismail, 32, dan seorang jiran Nur Fatin Ibrahim, 33 di luar rumah ibunya di Taman Bandar Baru.

Ketika kejadian, cuaca terasa dingin dan kelihatan kerlipan cahaya di langit, namun tiada sebarang bunyi gurμh.

Kata Zahirah lagi, dia tergerak hati untuk merakam cahaya tersebut kerana kerlipan cahaya tanpa bunyi itu muncul hampir sejam, dan dia belum pernah melihat situasi seperti itu sebelumnya.

Ketika rakaman dibuat, dia secara tidak sengaja perasan terdapat awan berbentuk kalimah Allah ketika cahaya tersebut terpαncar di langit.

“Lidah saya terk3lu seketika sebaik sahaja melihat kalimah Allah terpαncar bersama cahaya tersebut.

“Kalimah Allah itu hanya kelihatan dalam tempoh 10 saat sahaja sebelum ianya hilαng.

“Saya anggap itu sebagai rezeki dari Allah SWT untuk saya melihat kebesaran-Nya,” ujarnya.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar & Video, Facebook Nur Zahirah Ulfah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.