(Video) Lelaki Ini Menαngis Hilαng Isteri Semasa ‘Shopping’, Sekαli Kesudαhαnnyα Buat Ramai Ketαwα

Selepas beberapa kali pelaksanaan PKP, ramai yang melepaskan ge’ram tidak dapat beraya dengan sakan membeli belah.

Tambahan lagi, dengan kebenaran pengeluaran duit KWSP bakal merancakkan lagi ‘shopping’ dan rata-rata pasaraya dipenuhi dengan orang.

Pelbagai karenah mungkin terjadi seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktokt ini, yang berkongsi momen melucukan apabila dia dan keluarganya keluar membeli belah.

Ini berpunca dari si isteri yang hi’lang dan tidak ditemui, gara-gara sibuk mencari baju raya.

Berdasarkan video itu, kelihatannya si suami seperti mencari-cari ‘seseorang’ dalam kese’sakan orang ramai itu.

Rupa-rupanya lelaki itu sudah berpisah dengan isterinya sehingga menyebabkan dia pa’nik seketika. Dan yang menariknya, dia berpura-pura seolah-olah sedang menangis sambil ditenangkan oleh kawan-kawan yang lain.

Selain itu, dia juga memanggil nama isterinya beberapa kali dan selepas itu si isteri muncul dihadapannya dan sempat berseloroh supaya tidak merayau jauh-jauh.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video yang dikongsikan itu.

@lieyaa_: this is so true abang ipar aku hampir nak buat announcement sebab kakak aku hilang dalam jakel cari2 x jumpa

@Dak cing: aduh risau aku mat, isnin ni nak g beli baju raya.. dahla bini aku kemetot je

@WanRos: Hahahaha…nangis ats bahu member…die punye risau…hahaha

Sumber:

[1] Rujukan, HCL

[2] Gambar dan video, @aliffadnn

Leave a Reply

Your email address will not be published.