Puteri Sarah Kongsi Foto Berangkat Tunai Umrah Bersama Anak-Anak, Ramai Tertanya-Tanya Sebab Apa Syamsul Yusof Tiαda Di ‘Airport’

Baru-baru ini, pelakon wanita terkenal, Puteri Sarah telah berkongsi satu hantaran foto di Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya dan anak-anak berangkat mengerjakan ibadah umrah.

Melalui perkongsian itu, kelihatan hanya ibu dan bapa Syamsul sahaja yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail di samping keluarga Puteri Sarah yang lain.

Di samping itu di Insta Story, Puteri Sarah juga turut memaparkan foto dia bersama ibu mentuanya di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Dalam pada itu, berkaitan dengan pemakaiannya yang lengkap berjubah serba putih, Sarah turut memohon doa orang ramai agar pemergiannya ke Makkah mendapat umrah yang mabrur.

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka.

“Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis men1nggalkan komen yang positif terhadap pemergian Puteri Sarah ke Tanah Suci.

Ada juga dalam kalangan peminatnya mendoakan agar keberangkatan Puteri Sarah itu dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang ke tanah air.

Terdahulu, Puteri Sarah juga telah mendedahkan identiti wanita yang cuba menggαnggu rumah tangganya iaitu Ira Kaza yang difahamkan melakukan pelbagai ugμtan melalui media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Pelakon berusia 33 tahun itu menyatakan bahawa dia sudah mula h1lang sabar dengan apa yang berlaku dan tampil melakukan sesuatu yang mengejutkan ramai.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mempunyai dua anak Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Rotikaya

[2] Gambar Utama: Instagram @puterisarahliyana

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya dan Instagram @puterisarahliyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.