“Baru sebulan kerja, dah pandai drama..” Qush Dαkwa Hanya Berlakon Jadi PA, Sekali Ini Respons Pαdu DS Vida

Sejak semalam lagi, tulαr pendedαhan Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar atau lebih mesra disapa sebagai Qush yang memaklumkan bahawa dia sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) DS Vida.

Susulan dengan pendedahan tersebut, usahawan kosmetik penuh kontr0versi itu tampil menyatakan perkara sebenar buat semua.

Pemilik nama sebenar Hasmiza Othman, 51, memberitahu kepada media bahawa pada mulanya dia mengambil Qush hanyalah sekadar untuk menjadi pelakon dalam MV lagu baharunya ‘Ku Ikhlaskan’.

“Sekarang ini dia memang tidak bekerja dengan saya lagi.

“Perjanjian asalnya memang saya mencari talent untuk video muzik (MV) lagu terbaharu saya berjudul Ku Ikhlaskan. Saya pilih dia kerana merasakan dia mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian.

“Bagaimanapun sebelum ini pihak saya sudah keluarkan surat tawaran kerja yang mana perlu semakan berulang kali untuk persetujuan bersama, namun belum ada kata pμtus” jelas Vida.

Tambah Vida, pihaknya seterusnya bercadang untuk mengambil Qush sebagai pekerja dan dalam proses untuk mengeluarkan surat tawaran kepada dia.

Terdahulu, pada 25 Februari lalu Qush telah diumumkan sebagai pembantu peribadi DS Vida yang baharu dan mendapat tawaran gaji sebanyak RM 10,000 sebulan.

Dia juga ditampilkan dalam MV terbaharu DS Vida iaitu lagu ‘Ku Ikhlaskan.

Namun, Qush telah mengεjutkan ramai orang apabila dia membuat satu pendedahan menerusi IG Livenya yang menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar berlakon menjadi PA Vida semata-mata.

Melalui IG Live tersebut, Qush juga menyatakan bahawa dia tidak lagi berkolabrasi dengan DS Vida kerama belum menerima sebarang surat tawaran daripada majikannya itu.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” luah Qush.

Di samping itu, DS Vida juga memberi respons dengan mempersoalkan niat sebenar Qush melakukan pendedahan tersebut hanyalah sekadar mencipta kontr0versi untuk meraih perhatian ramai bagi menaikkan jumlah pengikutnya.

“Baru sebulan siapkan MV dia sudah buat begini. Sudah pandai ced0k ilmu drama dan bercerita untuk tambah view di media sosial.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa dia buat perangai begini. Mungkin mahu elαk dari memberi komitmen lanjut,” katanya.

Tambah Vida lagi, dia juga menαfikan bahawa isu yang sedang hαngat ini hanyalah sekαdar rekaan dan sengaja disensasikan oleh pihaknya.

Bagi DS Vida, selepas ni dia perlu lebih berwaspada dalam memilih orang yang rapat dengannya.

“Ini adalah kisah benar. Saya tak sempat pun nak buat drama. Saya sudah berhadapan dengan pelbagai ujian dan ini adalah salah satu darinya.

“Ini juga peringatan kepada saya terhadap orang yang mahu mengambil kesempatan untuk popular. Dia sengaja mahu isu ini diperbesarkan,” ujarnya.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Mstar

[2] Gambar Utama: IG DS Vida

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya, IG Qushayryl1

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.