(Video) “Sedap macam suara saya..” Aliff Syukri Kongsi Video Nyanyi Tanpa Autotune, Sekali Iqbal & Aeril Zafrel Masuk Komen

Sebelum ini,  penyanyi dan pengusaha komestik, Datuk Alif Syukri berkongsi video klip lagu raya, yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Klip lagu raya yang berjudul, ‘Kelepok Raya’ menarik perhatian ramai, apabila ia menampilkan penari-penari yang ‘berjoget’ yang dikira keterla’luan dan tidak kena dengan tema lebaran.

Hari ini, Aliff sekali lagi memuatnaik video yang menampilkan dirinya menyanyi sebahagian daripada lagu tersebut, yang seolah-olah di dalam studio rakaman.

“Komen jujurr plz suara saya Sumpah ini suara asli sy.. sy anti autotine ..”

“siapa tak sabar tunggu esok lagu ni nak released jam 12tengahri di rusa music.. korang mesti beri like byk2🙏🏻🙏🏻 tqq awakkk sy amat hargai..”

Yang menariknya, perkongsian Alif Syukri itu berjaya menarik perhatian artis lain seperti Iqbal dan Aeril Zafrel.

Iqbal berkata suara Aliff itu sedap dan mirip dengan suaranya dan komen diperhan’gatkan oleh netizen lain dan Alif Syukri sendiri.

@rohayahamidi: jauh sedap ikbal lagi

@aliffsyukriterlajaklaris: awak bersaing skrg dgn saya..

@as_wany: bagus iqbal terlalu jujur

@sakit.hati.bye: suara bal lagi sedap la “jujur” cakap ni

 

Pada masa sama, Aeril Zafrel juga bergurau dalam ruangan komen pada perkongsian video tersebut

“Art be’rat ni dato”

Semoga dijadikan pengajaran dan iktibar untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, Gempak dan Instagram Aliff Syukri 

[2] Gambar utama, mStar, HCL dan Instagram Aliff Syukri 

[3] Gambar lain-lain, Instagram Aliff Syukri 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.