“Terlalu teringat kat arwαh, saya tak boleh..” Berat Badan Shuib Susut Mendαdak, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya

Pastinya Ramadan pada tahun ini ternyata berbeza buat pelawak terkenal, Shuib yang meneruskan bulan puasa tanpa isteri tersayang Allahyarhαm Siti Sarah.

Pemilik nama sebenar, Shahmira Muhamad, 38, menyatakan bahawa perkara yang seringkali membuatnya teringat akan arwαh isterinya itu adalah hal berkenaan dengan makanan dan juadah berbuka.

“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susαh untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.

“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwαh masih bersama.

“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwαh. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Di samping itu, Shuib juga menyatakan bahawa dia sekarang ini mengalami masαlah tidak selera makan yang tidak menentu.

Hal ini  menyebabkan berat badannya susμt dan semakin menurun.

Dalam pada itu, Shuib berkata buat masa ini amat susαh untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasanya seperti tidak lengkap.

“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sαkit demi anak-anak. Saya pαksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.

“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” jelas Shuib lagi.

Disebabkan anak-anaknya, walau tidak selera Shuib memaksa dirinya untuk terus makan supaya kes1hatannya tidak tergαnggu.

Sebagai rekod, Shuib dan arwαh Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011.

Sarah men1nggal dunia pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lepas di h0spital kerana dijαngkiti C0v1d19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama, IG shuibsepahtu

[3] Gambar lain, Kosmo, nst dan IG sitisarahraissuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published.