[Video] “Kelakar la Lofa terkejut..” PU Riz Terjumpa ‘Bijih Timah’ Masa Makan Murtabak, Sekali Respons Neelofa Buat Ramai Terhibur

Sepertimana yang kita ketahui, pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz sering menjadi tumpuan ramai dek kerana keserasian dan kemesraan mereka dalam hubungan rumah tangga.

Pejam celik pejam celik dah hampir tiga bulan, selebriti terkenal, Neelofa melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu Muhammad Bilal.

Keserasian pasangan ini semakin terserlah apabila mereka berdua sering berkongsi aktiviti bersama-sama di laman sosial seperti Instagram dan sebagainya.

Baru-baru ini, terdapat satu hantaran video daripada Neelofa di Instagramnya telah membuat ramai tertawa melihat gelagat mereka berdua.

Ramai netizen begitu terhibur melihat aksi PU Riz sedang membuat “review” makanan murtabak di mana terdapat satu ayat yang disebut oleh Pu Riz iaitu ‘biji timah’ dalam makanan tersebut.

Terkes1ma dengan persoalan daripada suaminya itu, Neelofa juga memerhati apa yang ditemuikan oleh suaminya itu.

Kemudian, Neelofa terus menjawab “tidak tahu” yang menyebabkan ramai netizen berdekah dengan telatah pasangan ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah pasangan ini yang sedang menjamu makanan. 

Ada juga dalam kalangan netizen sempat berseloroh dengan mengatakan bijih timah terletak jauh di l0mbong kepada pasangan ini.

Selain itu, ada yang mengulangi video tersebut kerana terhibur dengan reaksi terkejut Neelofa terhadap suaminya. 

Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz berkahwin di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 dalam majlis penuh gilang gemilang.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan,  Sinar Viral

[2] Gambar utama, @seorangnur

[3] Gambar lain, Rotikaya, astroawani, IG neelofa

[4] Video, @seorangnur

Leave a Reply

Your email address will not be published.