“Sampai keluar air mata..” Mira Filzah Sambut Ulang Tahun Kelahirannya, Sekali Tindakan Wan Emir Raih Tumpuan Ramai

Seperti mana yang kita ketahui, pasangan pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar sememangnya menjadi bualan ramai peminat mereka di laman sosial.

Meskipun begitu, kita semua disajikan dengan berita gembira dimana Mira Filzah dan suaminya bakal menerima cahaya mata pertama mereka selepas beberapa bulan mereka memendam rahsia ini.

Pada 2 April lalu, Mira Filzah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 bersama suaminya yang tercinta.

Dalam pada itu, hantaran yang dikongsi oleh Mira Filzah ini juga menunjukkan aksi ‘sweet’ di antara dirinya dan suami yang mana telah mengundang ramai peminat mereka untuk memberi pujian kepada pasangan itu.

Untuk makluman, video tersebut telah mendapat puluhan ribu jumlah tontonan dan ribuan tanda suka daripada netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai dimana mereka memuji sikap ‘gentleman’ suami kepada pelakon cantik jelita itu.

Ada juga dalam kalangan peminat yang turut mengambil kesempatan menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya.

“Sweetnya encik suami”

“Sanah Helwah Mira”

“Pilihan tepat Mira”

Untuk makluman, Mira Filzah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir  pada 2 September 2020 berlokasi di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

Mira Filzah yang kini sedang hamil dijangka bersalin awal bulan Mei depan dimana sebelum ini Mira telah persediaan kelengkapan bayi hanya dibeli secara atas talian memandangkan masing-masing sibµk dengan urusan kerja. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber: 

[1] Rujukan, himpunanceritalawak

[2] Gambar utama, @bellofa

[3] Gambar lain, mfmirafilzah

Leave a Reply

Your email address will not be published.