“Daddy lelaki yang terbaik, pasti Allah temukan seseorang..” Shakilla Khoriri Titip Pesanan Buat Fizi Ali Sempena Hari Lahirnya, Buat Ramai Terhαru

Seperti mana yang kita ketahui, pelakon wanita, Shakilla Khoriri dan penyampai radio, Fizi Ali telah sah membawa haluan masing-masing apabila mengumumkan mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Walaupun begitu, Shakilla tidak lupa untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada bekas suaminya itu.

Melalui coretannya di Instagram (IG), pelakon berusia 32 tahun ini menitipkan doa yang terbaik kepada Fizi walaupun tahun ini merupakan sesuatu sangat merum1tkan buat keluarga kecil mereka.

Pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia menyatakan bahawa agar Fizi sentiasa dilimpahi dengan kebahagian, terus kuat dalam memulakan kehidupan baharu.

Dia juga mendoakan agar Fizi Ali diberikan pengganti yang terbaik yang boleh membahagiakan dirinya sambil bila-bila.

“Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Tahun ini mungkin sukar buat Daddy tapi insya-Allah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat Daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini.

“Mungkin juga tahun yang special untuk Daddy dengan orang-orang yang special,” coret Shakilla di IG.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Cinta Illahi’ itu menyatakan bahawa bekas suaminya, Fizi sebagai seorang lelaki dan bapa yang terbaik untuk anak perempuan mereka Ameena.

“Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ini dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup Daddy.

“Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa Daddy.

“Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada nota kaki dalam IG ini yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Ameena kita bila dia dah besar nanti.

“Daddy lelaki dan ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dan sebak apabila membaca coretan daripada Shakilla ini.

Ada juga dalam kalangan peminat turut berdoa agar keluarga kecil itu kembali rujuk semula dan memulakan kehidupan baharu.

 

Untuk maklumat semua, Fizi dan Shakilla telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniαkan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang berusia 2 tahun.

Sekadar perkongsian dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar Utama,

[2] Gambar Utama, Instagram @shakillakhoriri

Gambar-Gambar Lain: Instagram Fizi Ali dan Mstar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.