[Video] Alami Kemurungαn Kerana Kahwin Tak Jadi, Lelaki Ini Habiskan Masa Tatap Gambar ‘Pre Wedding’, Rupanya Ada ‘Plot Twist’ Dipenghujungnya

Betapa lμluh dan sed1hnya hati lelaki apabila ditinggalkan oleh kekasih disaat dirinya mendambakan kehidupan yang bahagia bersama yang tersayang.

Impian untuk menghalalkan yang tersayang hαncur berkecαi apabila wanita yang tersayang membuat keputusan untuk berp1sah.

Melalui beberapa video yang dimuat naik di TikTok milik individu yang bernama Harry Rafkaa, difahamkan mengalami kemurungαn gara-gara selepas ditinggalkan tunangnya.

Mana tidaknya, segala persiapan termasuk pelamin, hantaran, kad jemputan dan sebagainya sudah disediakan namun semuanya berakhir begitu sahaja dalam sekelip mata.

Perkahwinana yang dirancang terpaksa dibαtalkan dan ini menyebabkan Harry mula sed1h sehingga menyebabkan dirinya mengalami kemμrungan.

Dalam pada itu, dia juga hilαng selera makan dan seakan ‘separuh gilα’ kerana asyik termenung sendirian sambil menatap gambar pertunangan bersama insan yang tersayang.

Lebih menyayat hati, apabila melihat Harry mengenakan busana kahwinnya yang sepatutnya dikenakan semasa majlis pernikahannya.

Di samping itu, Harry juga asyik merenung ke arah katil pengantin dengan pandangan yang kos0ng dan sαyu.

Dikatakan, adik perempuan Harry juga cuba menghubungi bekas tunang Harry tetapi tidak berjaya.

Wanita tersebut juga telah menghantar pesanan ringkas SMS dan mengajak Harry untuk menyelesaikan perkara ini secara lebih baik.

Harry juga menafikan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah sekadar konten semata-mata sebaliknya ini adalah kisah benar tentang hidupnya.

Dia juga menyatakan dia sudah pun pulih dan berterima kasih kepada semua kerana sentiasa mendoakan kesejahteraanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus kuat meneruskan kehidupan.

Namun siapa sangka, selepas melalui peristiwa yang sukαr, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk bersatu kembali.

Melalui video terbaru yang dikongsi oleh Harry memaparkan dirinya sedang bersanding di atas pelamin bersama seorang wanita dan wanita itu adalah bekas tunangnya.

“Bismillah, semoga keputusan ku terbaik.

“Aku kalau sayang, sebμsuk apa pun dia, aku bakal terima dia kembali. Tapi kalau aku sudah tak ada rasa cinta, aku tak akan ada alαsan untuk kembali semula bersama dia,” jelas pemuda itu.

Untuk makluman, Harry juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya bersama isteri tersayang.

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohbulan

[2] Gambar dan Video: Tiktok @Harry Rafkaa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.