“Lan Pet Pet merαjuk tak join Senariounion?..” Akhirnya Aziz M Osman Buka Mulut Sebαbnyα

Pengarah terkenal, Aziz M Osman akhirnya buka mulut dan menyatakan bahawa dia telah sedaya upaya untuk membawa pelakon dan pelawak lagenda, Lan Pet Pet dalm filem terbaru Senario.

Filem yang berjudul Jaga-Jaga Senariounion akan diterbikan dibawah Botak Production Management Sdn Bhd dan akan menemui penonton menerusi Astro First.

Selain itu, Aziz juga dan pihak pengurusan lain sudah menghubungi Lan serta ahli kumpulan lain, tetapi hasrat itu tidak berjaya.

“Kami semua sudah hubungi Lan, pihak pengurusan pun.”

“Tapi kita tahu apabila Lan mempunyai komitment lain dan kami fahamlah” ujarnya.

Tawaran lain seperti hanya memegang sekurang-kurangnya satu dua babak juga tidak berjaya.

“Bukan dia to’lak atau tidak terima tapi dia ada komitmen lain.” tambahnya.

Untuk pengetahuan umum, Lan kini bekerja sebagai pembantu pen’guam di salah syarikat guaman, yang dimiliki oleh Datuk Aswandi Hashim.

Sumber:

[1] Rujukan dan Gambar 1, Gempak

[2] Gambar 2, Utusan Digital

[3] Gambar utama, Harian Metro dan Mykmu

Leave a Reply

Your email address will not be published.