[Video] ‘Booking’ Makanan Buka Puasa Tapi Tak Muncul2, Peniaga Restoran Luαh Rasa Kecewα Diαniαyα Pelanggan, Buat Ramai Sebαk

Seperti mana yang kita ketahui, sudah semestinya untung dan ru’gi merupakan lumrah dalam dunia perniagaan.

Hal yang sama turut terjadi pada seorang peniaga restoran yang menyatakan rasa kecεwa apabila dia ian!aya oleh pelanggan yang tidak muncul selepas membuat tempahan berbuka puasa.

Mana tidaknya, pelanggan tersebut membuat banyak pesanan dan akhirnya makanan dan minuman yang sudah siap dibiarkan begitu sahaja.

Dalam pada itu, Nor Fazilah iaitu selaku pemilik Restoran Maggi Ketam Power  menjelaskan bahawa pelanggan tersebut bernama Ayu yang melakukan tempahan tersebut untuk 9 orang.

Melalui video yang dikongsi oleh Nor Fazilah di akaun TikToknya, pihak restoran menghidangkan pelbagai juadah dan hidangan namun sebaliknya Ayu dan rakan-rakanya tidak datang.

Malahan pula, panggilan daripada pihak restoran juga tidak dijawab dan angkat.

Pemilik restoran itu juga membuat luahan dimana pelanggan itu boleh sahaja call semula dan memba’talkan pesanannya sebelum mereka masak kesemua makanan yang dipesan.

Tidak sepatutnya dia hanya membiar dan menganiaya pihak restoran yang bertungkus lumus memasakkan makanan tetapi tidak datang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu bersim’pati dengan nasib yang menim’pa wanita itu.

“Boleh bagitau berapa jumlah kerug1an saya bayarkan”

“Better minta payment dulu kak”

Ada juga yang menawarkan untuk bayar kos kerug1an tersebut dan dalam masa yang sama mereka menasihati kepada pemilik kedai untuk ambil wang deposit sekurang-kurangnya RM50.

Hal ini bagi mengelak daripada kejadian yang sama berulang kembali.

Untuk makluman, video yang dihantar ini telah mendapat jutaan jumlah tontonan dan puluh ribu tanda suka daripada netizen.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmedia

[2] Gambar dan Video: TikTok @Nor Fazilah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.