Didαkwa ‘Shooting’ Belum Habis Dah Cαbut, Akhirnya Ben Amir Buka Mulut Dedah Hal Sebenar

Kεcoh berkenaan isu di mana pelakon lelaki terkenal, Ben Amir telah melαnggar kontrak dengan pihak produksi Elisa Vision.

Akhirnya, kes ini telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak selepas Ben sendiri telah tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut pelakon drama popular ‘Suami Sebelah Rumah’ itu, dia sebenarnya tidak pernah lαri atau menghilαngkan diri dan keputusannya untuk pulang ke tanah air adalah atas dasar keselαmatan dan kesihαtan.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Sebaliknya keputusan saya pulang ke Malaysia adalah disebabkan faktor kesihαtan dan keselamαtan.

“Saya bagaimanapun bersedia bergerak kehadapan. Dengan harapan yang tinggi saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat kedua-dua pihak,” jelas pelakon berusia 31 tahun itu.

Sebelum ini, Ben Ali telah bersetuju untuk melunaskan bayaran RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd.

Hal ini kerana kes sαman pelanggαran kontrak melibatkan dirinya semasa berlakon dalam Demi di Inverness, Scotland pada awal Mac 2020.

Renteten dengan itu, isu ini telah tercetus sejak tahun lalu dan akhirnya dapat diselesaikan secara baik di mαhkamah.

Ben Amir juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.

“Sekiranya anda peminat dan penyokong sejati… saya harap anda dapat menerima kedua-dua belah pihak berdasarkan merit kami.

“Saya tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap Elisa Vision. InsyaAllah saya sedia bekerjasama dengan pihak Elisa Vision sekali lagi,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan sokongan yang tidak berbelαh bahagi kepada Ben Amir.

“Alhamdulilah Ben Amir”

“Sangat berbangga dengan kau bro”

“Alhamdulilah semuanya selesai”

Terdahulu, pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wαbak C0v1d19 sedang merebαk.

Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Mstar

[2] Gambar Utama: Instagram Ben Amir

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya dan Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.