[Video] ‘Mengεlitis betul eh yang belakang tu..” Aliff Syukri Kongsi ‘Teαser’ MV Lagu Raya Baru, Sekali Aksi ‘Lεntik’ Dua Penari Latar Undang Tawa

Sudah masuk hari ke 11 kita menyambut bulan Ramadhan dan kita bakal menanti kedatangan bulan Syawal tak lama lagi.

Sudah kedengaran lagu-lagu raya sudah berkumandang di corong-corong radio dan pusat membeli belah bagi menghidupkan suasana hari raya yang menjelang tiba.

Tidak melepaskan peluang, ramai selebriti akan mencipta lagu-lagu raya untuk tatapan para peminat mereka.

Antaranya adalah usahawan kontro’versi, Dato’ Seri Aliff Syukri juga bakal mengeluarkan lagu raya terbaharunya tak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri bertindak untuk berkongsi sedikit ‘teαser’ ataupun potongan muzik video (MV) lagu raya terbarunya yang berjudul ‘Kelepak Kelepuk Raya’.

Perkongsiannya di laman Instagram miliknya telah meraih perhatian ramai apabila tampil dengan beberapa orang penari latar lelaki yang berbusana baju Melayu.

Seperti biasa, Dato Aliff Syukri semestinya akan memaparkan sesuatu yang boleh membuat ramai peminat terhibur akan perkongsiannya kali ini.

Mana tidaknya, penari latar yang ditampilkan dalam MV itu menggunakan make up yang begitu tebal dan menari ‘melen’tik-len’tik’ di samping usahawan berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terhibur dan berdekah dengan perkongsian MV video daripada Aliff Syukri tersebut.

Mereka mengatakan bahawa tarian melent1k-lent1k daripada penari latar itu begitu kelakar dan sangat ‘happening’.

“Mengel!tis betul eh yang belakang dua orang tu”

“Yang belakang tu kan dah kenapa”

“Tak pernah tak kelakar”

 

Untuk makluman, perkongsian Dato Aliff Syukri itu telah meraih ratusan ribu jumlah tontonan dan puluh ribu tanda suka daripada netizen.

Aliff Syukri sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa lagu, antaranya adalah Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur, Biar Apa Orang Nak Kata dan sebagainya.

Lagu Bobo Di Mana nyanyian Aliff Syukri juga pernah menjadi trending di nombor 1 di Youtube selama beberapa minggu selepas dilancarkan.

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah memberitahu, bahawa dia tidak lagi ingin terlibat dengan k0ntr0versi yang boleh mer0sαkkan reputasi keluarga dan dirinya sendiri.

Oleh sebab itu, Aliff Syukri tahun ini diihat hanya membuat ‘content’ berkenaan keluarga dan yang tidak menimbulkαn g0ssip.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar Utama: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

[3] Gambar dan Video: TikTok aliffsyukriterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published.