(Video) ‘Pαksα’ Rider Grab Food Berbuka Puasa Sekali, Kesudahannya Buat Ramai Sebαk

Bulan ramadan merupakan bulan yang mulia, di mana kita digalakkan berbuat amal kebajikan, memperbanyakkan sedekah, ibadah sunat dan banyak lagi.

Antara amalan yang selalu diterapkan dalam masyarakat kita adalah memberikan makanan kepada orang kurang kemampuan, seperti  memberi juadah untuk mereka berbuka puasa.

Sama juga dengan perkongsian seorang pengguna Tiktok ini, yang bernama @acak_east.

Menerusi video itu, pengguna Tiktok itu mengajak seorang penunggang motosikal GrabFood untuk berbuka puasa sekali dengannya.

Selain itu, dia juga memberitahu bahawa sengaja membuat pesanan agak dekat dengan waktu berbuka supaya dia dapat berkongsi rezeki dengan ‘rider’ Grab tersebut.

Pada awalnya, pelawaan Fareast itu seakan dito’lak oleh penunggang GrabFood itu,tetapi selepas beberapa kali diajak untuk berbuka, dengan azan sudahpun berkumandang, akhirnya dia bersetuju untuk berbuka sekali.

Manakala pada akhir video tersebut, kelihatan ‘rider’ tersebut melahirkan rasa se’bαk dengan tindakan Fareast yang secara senyap-senyap memberikan sejumlah wang kepadanya disertakan dengan nota.

Perkongsian video itu berjaya meraih tontonan sebanyak 2.3 juta, 253.1K tanda suka dan 11.4K komen.

Hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tin’dakan itu dan meninggalkan pelbagai komen yang positif.

@buducheese: mesti dia ada buat kebaikan sblm org layan dia mcm ni.. atau dia melalui hari yg teruk tp dia tetap bersabar

@abangBM: aku x kesah laa klu ada org kata yg nk menunjuk ke apa….tp apa yg dia buat ni mmg terbaik… moga terus murah rezeki bro!!!

@zyra: bru lps sahur ni ..sum’pah sy mnan’gis tgok video ni allahu..semoga awak dimurahkn rezeki di bln baik ni ..aminn

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmedia

[2] Video: TikTok acak_east

Leave a Reply

Your email address will not be published.