(Video) “Lebatnya rambut Muhammad Bilal..”Neelofa Kongsi Video Bilal Dibelai Datin Kartini

Hari ini, sudah hampir 3 bulan Neelofa melahirkan cahaya mata pertamanya, yang diberi gelaran Muhammad Bilal.

Tetapi sehingga kini, isteri kepada PU Riz belum lagi berkongsi wajah anak lelaki kesayangan pasangan kepada umum.

Difahamkan, mereka tidak mahu mendedahkan kerana bimbang akan ada penya’kit ain.

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.

“Saya khua’tir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya ta’kut. Saya baru tahu, bila anak sa’kit, bapa boleh jadi men’tal tau,” kata PU Riz

Selain itu, Neelofa berkongsi detik-detik Datin Kartini akan meluangkan masa berkualitinya bersama cucu yang tercinta, Muhammad Bilal.

Dalam video tersebut, ia dapat dilihat seolah-olah Datin Kartini sedang menidurkan Muhammad Bilal.

Ibu kepada Neelofa itu seringkali datang untuk melawat cucu kesayangannya dan selalu akan membelai Muhammad Bilal sehingga tidur.

Perkongsian video di aplikasi Tiktoknya itu berjaya meraih tontonan lebih 600K dan lebih 40K tanda suka.

Hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen memuji rambut, kulit dan wajah Bilal.

@Lonely: Mesti hensem bilal ni kan, dari kulit pu gebu2..Suara pun padu.. Muka Loda n haris gabung kot

@Nur NLFH: Lebatnya rambut Muhammad Bilal

@Haura_fawwazbabyfood: Allahu..putihnya

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Sinarviral dan Kosmo

[2] Gambar Utama: Malaysia Kini dan TikTok @Neelofa

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya

[4] Video: TikTok @Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published.