“Mula2 berangkat..” Dulu Abang Angkat, Sekarang Jadi Bapa Tiri Pula

Suatu ketika dahulu, kakak atau abang angkat merupakan satu perkara popular terutamanya ketika zaman belajar dahulu.

Tujuannya adalah ingin menjaga ‘si adik’ daripada dibuli oleh mana-mana senior atau kawan-kawan sekelas.

Berbeza pula kali ini, satu perkongsian daripada seorang pengguna Tiktok, bernama @ceq_jihaa, yang berkongsi seorang gadis yang dahulunya mempunyai abang angkat di sekolah dahulu.

Tapi kini, abang angkatnya itu menjadi baba tirinya pula.

Menerusi video yang dikongsikan, ia memaparkan dia bersama dengan seorang lelaki, yang dipercaya abang angkatnya.

Pada awalnya, warganet bersependapat bahawa hubungan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan, tapi dengan ibu kandungnya.

Video itu berjaya meraih tontonan sebanyak 1.3 juta, 85.9K tanda suka dan lebih 2K komen.

Hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian dan berpendapat bahawa ia melawan ‘hukum’ angkat.

@yeen: pelik tp benar kew nie sis…umr brape ayah tiri tu..

@ejiasyanira: pandai dia terap ilmu org tua2 dulu nak kat mak kena rapat dgn ank dulu…tahniah sis dpt ayah baru

@Aqua Girl: apenii melawan hukum sistem adik abg angkat takpelah dah jodoh

Sumber:

[1] Rujukan, Ohbulan

[2] Gambar lain-lain, @ceq_jihaa,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.