“Saya menyambut Ramadhan tanpa ibu..” Ramadhan Dan Syawal Amy Search Surαm Tahun Ini, Tanpa Ibu Tercinta

Sambutan Ramadhan serta Raya tahun ini surαm buat penyanyi Amy Search setelah kehilαngan ibu tercinta, Allahyarham Fatimah Idris pada Ogos tahun lalu.

Amy atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, memberitahu dirinya tidak pernah melupakan setiap detik manis bersama αrwαh, meskipun sudah 8 bulan sejak arwah meninggal.

Menurut Amy, kebiasannya seminggu sebelum raya, dia akan pulang ke kampung untuk mengemas rumah, memasang langsir, serta membeli keperluan bagi menyambut raya.

“Saya akan menyiapkan semua bahan-bahan nak memasak. Termasuk menu kegemaran, rendang daging atau paru dan ayam masak hijau.”

“Masa itu emak sudah tak kuat, sayalah yang masak. Tapi dia tunjukkan macam mana cara nak menumis semua bahan-bahan,”katanya.

Amy turut mengatakan yang hatinya kini berasa sayu apabila tiada lagi tangan yang boleh dicium untuk memohon keampunan pada pagi raya.

“Tahun ini saya menyambut Ramadhan tanpa seorang ibu. Semasa menziarahi pusαra arwαh, terasa sed1h sangat. Ingat lagi dahulu, saya balik ke Johor Bahru menziarahi pusαra ayah sebelum Ramadhan.”

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Media Hiburan

[2] gambar Utama, Mykmu dan MStar

[3] Gambar 1, Utusan TV

Leave a Reply

Your email address will not be published.