“Dari hanya usikan rakan-rakan..” Penyanyi Mas Idayu Bakal Berkahwin, Tarikhnya Didedαhkan

Penyanyi terkenal Mas Idayu memberitahu dirinya akan berkahwin pada September depan dengan lelaki pilihan, Sufian Isa yang juga seorang penerbit sebuah stesen TV.

Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun, mengatakan dia dan pasangan sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008, tapi mula rapat sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Mas Idayu, dia sendiri tidak menyangka akan melalui fasa ini sekali lagi setelah 15 tahun hidup sendiri.

Namun, dia sendiri ada berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik, sejak dari 2 tahun lepas,

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikαn rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang ser1us.”

“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” Katanya.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.”

Mas Idayu turut menjelaskan yang pasangannya, Sufian sudah berjumpa dengan kakak sulungnya.

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Selangit memberitahu yang dirinya gembira kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja lagi,” Katanya.

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga pada 1997 dengan Aman Graseka 1997 dan telah bercerαi pada 2006.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Media Hiburan 

[2] Gambar Utama, Murai dan Berita Harian

[3] Gambar 1, Motif Viral

[4] Gambar 2, Diva

Leave a Reply

Your email address will not be published.