(Video) “Rare nie..” Ustazah Naik R33, Sampai Gεng Jepun Turun Jumpa

Kereta berprestasi tinggi merupakan satu hobi tidak asing pada zaman canggih ini. Dan memilikinya mampu memikat orang di luar sana.

Dan semestinya negara yang terkenal dalam ‘hobi’ ini adalah Jepun, seperti yang kita biasa tonton di televisyen.

Hobi ini juga biasanya lebih terarah kepada lelaki berbanding perempuan dan jika ada perempuan yang meminati hobi ini, semestinya jarang sekali.

Berbeza pula kali ini, ia berlaku di Brunei dimana seorang wanita yang dikatakan seorang ustazah meminati hobi sehingga menjadi viral.

Menerusi perkongsian pengunga Tiktok, bernama @shinchanrx7, yang berkongsi ustazah itu seolah-olah tidak ke’kok mengendalikan sebuah jenterea Japan Domestic Market (JDM) R33.

Biarpun berpenampilan imej muslimah, labuh dan berjubah sopan, ia tidak mengha’lang wanita itu untuk menyatakan minatnya dalam hobi itu.

Malah, ia berjaya meraih tumpuan pada peringkat antrabangsa, iaitu “Hardcore JDM Jepun untuk datang bertemu dengannya sendiri.

Difahamkan, ustazah itu sangat dikenali dalam komuniti JDM terutamanya di Brunei dan negara-negara sekitarnya.

Selain itu, dia juga mempunyai ilmu yang sangat mendalam dalam bidang automotif, seperti mengetahui komponen-komponen dalam kenderaan JDM.

Video perkongsian diatas berjaya meraih tontonan sebanyak 700K, 115.6K tanda suka dan lebih 2K komen.

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian itu dan pelbagai respons ditinggalkan di ruangan komen

@Tik Toker: bukan selalu ustazah bawak kereta ni

@ketam._: mantap dho ustazah tu

@kiipa2k: Masha Allah! dia ni ibarat ulama di hujung zaman…rare.. salute!

Sumber:

[1] Rujukan, Siakap Keli

[2] Gambar dan video, @shinchanrx7

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.