(Video) “Berbakat bang.. Teruskhan..” Cubaan Lelaki Ini Jadi Shah Rukh Khan, Buat Ramai Terhibur

Shah Rukh Khan (SRK) atau lebih dikenali sebagai raja bollywood merupakan nama tidak asing dalam industri hiburan.

Lakonan SRK boleh dikatakan sangat romantik, tanpa mengira gandingan pelakon heroin lain, yang mampu membuatkan sesiapa terpegun dengan lakonannya.

Maka tidak hairanlah, ramai yang cuba menjadi sepertinya sebagai contoh meniru gayanya.

Dan antara adegan yang popular dengan SRK adalah aksi mengelengkan kepalanya apabila berlakon.

Sama seperti yang cuba dilakukan oleh seorang pengguna Tiktok, yang bernama @rahuljunior1213.

Video itu boleh ditonton seperti berikut:

Perkongsian itu berjaya meraih tontonan sebanyak 6.9 juta, 224.6 K tanda suka dan 15.5 K komen.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan cubaan menjadi SRK itu.

@Danial sarawak DE: tolonglah dah dah penat nak gelak khan. hahahahahaha

@Cennon: 2021 sharukhan… keep it up make more video

@Mohammad emal salleh: mantap Khan 

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar komen, Says

[2] Gambar utama, Rahul Khan 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.