Shuib Alami Masalah Selera Makan Yang Teruk

Kini bergelar ibu dan bapa kepada empat cahaya matanya, pelawak Shuib Sepahtu mengakui dia berdepan masalah selera makan yang teruk.

Menurut Shuib, dia tiada selera makan hingga menyebabkan berat badan turun. Ujarnya lagi, apabila berpuasa kita sepatutnya lapar, namun dia tiada selera untuk makan.

“Saya berdepan masalah selera makan yang teruk. Patutnya apabila berpuasa kita lapar, tapi saya tiada selera makan.

“Saya pun tak tahu kenapa perkara ini terjadi. Sebelum ini, memang ada masalah selera makan hingga menyebabkan saya turun berat badan. Harap lepas ambil suplemen kesihatan, saya akan kembali okey,” katanya.

Berkongsikan mengenai sambutan bulan Ramadan, Shuib berkata dia tidak berdepan kesukaran untuk mengejutkan anak-anaknya bangun sahur. Ujarnya lagi, anak-anak juga turut ringan tulang membantunya melakukan kerja rumah.

“Seminggu sebelum menyambut ketibaan Ramadan anak-anak sudah mula berasa teruja untuk menunaikan ibadah puasa.

“Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah untuk kejutkan mereka bangun sahur. Malah, mereka juga bersemangat nak bantu saya seperti mengemas rumah, teman saya ke pasar atau bazar Ramadan,” katanya.

Ditanya mengenai persediaan hari raya, Shuib berkata ianya lebih kepada anak-anak sempena meraikan kemenangan mereka berpuasa selama 30 hari. Bagaimanapun, Shuib berkata dia merancang untuk membawa anak-anak menyambut Ramadan di kampung.

“Kalau cakap fasal raya saya memang belum ada apa-apa perancangan. Kalau ada pun semuanya untuk anak-anak… sekadar nak raikan kemenangan mereka berpuasa selama 30 hari nanti.

“Tahun ini saya ada beritahu mereka untuk cuba menahan diri berpuasa selama 30 hari memandangkan tahun lalu ada satu atau dua hari yang mereka tinggal puasa.

“Perancangan nak beli baju raya anak-anak semua belum ada lagi. Tapi saya merancang untuk bawa anak menyambut Ramadan di kampung halaman kerana suasananya lebih berbeza dan seronok,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.