Ramadan Pertama tanpa syurga hati di sisi, air mata Shuib menitis di pusara Siti Sarah

Pertama kali menyambut bulan Ramadan tanpa syurga hati di sisi, air mata pelawak Shuib menitis di atas pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

Terpisah jasad dek suratan takdir, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen meruntun jiwa tersebut menerusi Instagramnya saat mengunjungi persemadian abadi arw4h Siti Sarah semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Insya-Allah, semuanya baik-baik sahaja. Doakan saya diberi kekuatan,” ujar Shuib, 38.

Bapa kepada empat cahaya mata itu melawat pusara Siti Sarah Raissuddin di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak bersama amanah isterinya, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7.

Berbaju putih dalam video yang dimuat naik, pengasas jenama minuman tempatan, Bubblebee itu membuatkan netizen tersentuh dan ramai dalam kalangan mereka mendoakan perkara yang baik-baik untuk Shuib sekeluarga.

“Menangislah, kerana hanya kamu dan Dia (Tuhan) yang benar faham. Salam Ramadan, sayang,” tulis Shuibs pada kapsyen video yang dimuat baik.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Orang ramai turut berkongsi rasa rindu dan sed1h buat Allahyarham namun ternyata, hanya Shuib yang paling dekat dengan dua emosi tersebut dan merasainya.

“Ramadan pertama tanpa arw4h Siti Sarah. Al-Fatihah.

“Kak Sarah, kami rindu akak kacau-kacau abang Shuib. Kami rindu dengar akak menyanyi, akak kongsi resipi masak. Kami rindukan akak,” demikian antara luahan rasa ditinggalkan peminat dalam ruangan komen.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Siti Sarah men1ngg4l dunia pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi j4ngkitan C0v!d-!9 namun dalam realiti pahit tersebut, beliau sempat melahirkan anak bongsu, Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.