(VIDEO) Tular Undang Seb4k Netizen, Suami berk0rban demi isteri, anak tercinta

Kasih sayang seorang insan bergelar suami atau ayah terhadap keluarganya sememangnya tidak boleh dibeli dengan mata wang.

Menerusi satu hantaran di Facebook Kepala Berputar memaparkan seorang lelaki yang juga suami menolak seorang perempuan difahamkan isterinya yang terpaksa duduk di kerusi roda sambil memeluk anaknya yang masih bayi.

Tangkap layar memaparkan lelaki sanggup berk0rban dan menolak isterinya.

VIDEO

Video berdurasi 38 saat yang tular di media sosial turut menunjukkan lelaki itu gagah dan sanggup menolak isterinya di tengah panas kerana kasih dan sayang terhadap keluarganya.

Namun, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai sangat bersimpati terhadap nasib keluarga itu dan berharap agar semua urusan mereka dipermudahkan.

“Ya Allah, pengorbanan seorang ayah dan suami, semoga diberikan kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki untuknya, aminnn,” kata Siti Noorsoleha.

“Semoga Allah sentiasa melindungi hambaNya, sebak tengok keadaan keluarga ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka,” jelas Nurul Yaya.

Sementara itu, Lizz Layana turut memberi reaksi positif berdasarkan klip video tersebut.

“Miskin di mata manusia, tapi kaya di mata Allah sebab menjaga amanah Allah dengan baik, Alhamdulillah,” ujarnya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.