
Kecoh diperkatakan di media sosial hari ini apabila tular video memaparkan penyanyi rap, Waris menyanyi di majlis agama. Rata-rata daripada netizen mengkritik persembahan yang dirasakan tidak sesuai dengan majlis ilmu seperti itu.
Terbaru, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias tampil memberi penjelasan berkenaan video viral tersebut. Menurutnya, video itu sebenarnya dipotong daripada IGTV yang dimuatnaiknya di Instagram pada November tahun lalu.
View this post on Instagram
Kata Waris, tahun lepas sudah ada cubaan untuk mengviralkan video tersebut tetapi gagal, namun kali ini individu itu berjaya membuatkan orang ramai m4rah.
Difahamkan persembahan itu dibuat di Masjid Ibnu Khaldun sempena sambutan Maulidur Rasul.
View this post on Instagram
Dalam hantaran lain, Waris memberi bayangan seolah-olah ada pihak yang cuba menjatuhkannya dengan menviralkan video lama.
Mulo2 nak jatuhkan kito..
Lopehtu viral kan kito..
Kocam kito maki kito..Kito ok jo
P/S : tak takut siksa kubur ke ?
Penyanyi ini turut memberi pesanan berbunyi, “Tak takut siksa kubur ke?”.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!
Kredit: Instagram warisn9
Sumber: Oh Media