Penulis Lirik Terkenal Imram Iman Men!nggaI Dunia, Neelofa terhutang budi Dengan Arw4h

Pemergian wartawan hiburan prolifik tanah air, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin yang menghembuskan nafas terakhir ak1bat k4nser usus membuatkan selebriti terkenal, Neelofa turut berdukacita.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor menerusi Twitter memaklumkan sangat terhutang budi dengan Allahyarham terutama sejak pertama kali menjejakkan kaki dalam industri seni tanah air.

“Salam takziah buat keluarga Rudy Imran atas pemergian Allahyarham pada hari ini. Secara peribadi, saya sangat terhutang budi dengan Allahyarham sejak pertama kali menjejakkan kaki dalam industri.

“Allahyarham merupakan antara individu yang sangat penting dan banyak memberi tunjuk ajar serta teguran.

“Saya akan selamanya terhutang budi dengan kebaikan dan budinya. Ramai-ramai kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga r0hnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ciapnya.

foto – Sinar Harian

Hari ini, dunia hiburan tanah air kehilangan sebutir bintang yang sangat berharga apabila Rudy, 47, men!nggal dunia di kediamannya di Semenyih selepas bert4rung dengan peny4kit k4nser usus sejak beberapa tahun lalu.

Selain berkecimpung dalam dunia kewartawanan, Allahyarham juga merupakan seorang penulis lirik hebat apabila lagu nukilan lirik olehnya, Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah pernah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-31.

Antara lagu popular tulisannya yang lain termasuklah Di Pintu Syurga juga dendangan Dayang.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai wartawan bermula 1995 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pernah bekerja di beberapa buah majalah hiburan popular seperti VariaPop, Akhbar Watan, majalah Hai sebelum kali terakhir menamatkan karier dalam dunia kewartawanan bersama akhbar tabloid arus perdana, Harian Metro.

Ketika masih bekerja, Allahyarham melanjutkan pengajian secara sambilan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang komunikasi massa peringkat ijazah. Beberapa tahun selepas itu, Rudy menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia.

Difahamkan, biarpun diuji dengan peny4kit k4nser, sewaktu hayatnya masih ada, Allahyarham dalam proses menyiapkan tesis bagi pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.