(VIDEO) Viral Majlis kahwin meriah, tuan rumah pasang 19 khemah Raih Perhatian Netizen

Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ramai pengantin baharu mengambil peluang untuk meraikan majlis bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebanyak 19 buah khemah telah dipasang oleh tuan rumah bagi meraikan majlis perkahwinan anaknya dan dapat dilihat acara tersebut disambut secara besar-besaran sehingga mencuri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian oleh @farazulkipli di media sosial, dia sempat merakam pandangan dari atas majlis kenduri kahwin tersebut yang diadakan berdekatan kawasan rumahnya.

Apa yang menariknya, apabila khemah yang dipasang memenuhi sepanjang jalan kawasan tersebut dan rata-rata orang ramai menjangkakan jumlah tetamu yang hadir mencecah ribuan orang.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.