Nabil Ahmad Anggap Zul Ariffin Sedang Diuji, “Allah akan menguji orang-orang yang beriman”

Umum mengetahui baru-baru ini pelakon Zul Ariffin dikecam teruk selepas memuat naik sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu.

Sedih melihat rakan artis dikec4m, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyifatkan apa yang berlaku kepada aktor itu adalah ujian daripada Allah.

foto – Kosmo

Nabil mengakui apa yang terjadi adalah sesuatu yang salah, namun orang ramai sepatutnya mendoakan bukan terus menghentam dan mengec4m.

“Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghent4m apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri. Jangan kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia melihat apa yang berlaku adalah satu peringatan buat dirinya dan lebih baik persiapkan diri dengan amal kebajikan dari menuding jari letakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

foto – Kosmo

“Saya jadi takut apabila orang mula m4rah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita.

“Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER: MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.