Anak Men4ngis Taknak Balik Rumah, Nak Duduk Sekolah Buat Netizen Terhibur

Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna memaparkan anak perempuannya yang menangis kerana enggan pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.

Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu dilihat merajuk sambil menyilang tangan selepas disuruh masuk ke dalam kereta oleh ayahnya untuk pulang ke rumah.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 749.1K tontonan, 53.1K tanda suka, dan 3.4K komen di laman TikTok.

Biasa orang pergi sekolah je menangis, ni balik sekolah menangis tak nak balik, ni lah budaknya..

Malah, anak perempuannya yang sudah masuk ke dalam kereta itu turut dilihat turun semula kerana mahu kembali ke sekolah pada awal video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagar kanak-kanak perempuan itu dan tidak tahan dengan kecomelannya.

Suka tengok telatah adik ni kan? Kalaulah atok nenek kita dulu-dulu pun dapat rakam kenangan macam ni, mesti banyak lagi perangai comel macam ni kita dapat tengok.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Kredit: TikTok

Sumber: Oh Media

Leave a Reply

Your email address will not be published.