Kongsi Video Adeg4n Babak Panas, Zul Ariffin Bakal Disiasat

Susulan berkongsikan video sedutan babak panas baru-baru ini, pihak berkuasa akan melakukan siasatan terhadap pelakon Zul Ariffin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di akaun Twitter miliknya pagi tadi.

foto – SINAR HARIAN

Kata Annuar lagi, pelakon itu bakal disiasat di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan di Youtube yang menyalahi undang-undang.

“Yang pasti adeg4n seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” tulisnya.

Di bawah undang-undang tersebut, mana-mana pihak yang didapati bersalah memuat naik, menyebar mahupun berkongsi sebarang kandungan berunsur jelik dan lvcah di Internet boleh dipenj4ra selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Insta Story miliknya. Menurutnya, dia akan lebih meneliti dan berhati-hati sebelum memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.

Terdahulu Zul Ariffin  berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram Dikec4m Netizen.

Nama aktor terkenal Zul Ariffin tiba-tiba tular dan menjadi bahan bualan ramai apabila dia berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam.

Video yang mencetuskan kem4rahan ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

foto – New Straits Times

Antara babak yang membuatkan ramai netizen terkejut ialah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang ber4smara tanpa berbaju. Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul turut sohor kini dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tind4kan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan p4nas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lvcah.

“Daripada minat Zul, automatik jadi menyampah bila menonton video tersebut, j1jik sungguh,” ciap seorang peminatnya.

“Sumpah menyesal lihat Instagram Zul. Industri seni Malaysia sudah r0sak nampaknya,” luah seorang netizen yang kecewa.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Sebagai info, selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul pernah beberapa kali terpalit dengan kontr0versi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.