Balas Jasa Jaga Ibu Tanpa Mengeluh, kakak men4ngis adik bongsu hadiahkan sesuatu…;

Jasa ibu bapa membesarkan anak-anak sememangnya sesuatu yang tidak ternilai harganya. Pastinya mereka mengharapkan anak-anak berjaya dan mampu berkorban untuk mereka suatu hari kelak.

Seperti perkongsian di TikTok ini, adik bongsu telah menghadiahkan kakak pakej umrah sebagai penghargaan kerana telah menjaga ibu selama empat tahun dengan baik.

Dalam majlis doa selamat bersama ahli keluarga di rumah, mereka telah mengumumkan senarai nama yang akan menunaikan umrah pada tahun 2022. Siapa sangka si kakak tersenarai dalam 7 jemaah itu.

Adik beradiknya yang lain turut menyediakan satu banner khas tertulis ‘Special tribute jasamu dikenang. Pengorbanan jaga mok bonda selama empat tahun 2017-2021).

Selain pakej umrah bernilai RM9,690, kakaknya juga diberikan wang poket RM500.

Si kakak yang terkejut dilihat menangis sebelum memeluk erat ibu. Difahamkan ibunya juga tidak tahu mengenai ‘surprise’ yang dirancang buat si kakak itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dengan cara keluarga ini menghargai jasa adik beradik.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: TikTok Zaiton Mohamed

Sumber: Oh Media

Leave a Reply

Your email address will not be published.