Ini Jawapan Neelofa Bila Ditanya Tentang Aurat Adik Beradik

Pasti ramai tahu selebriti popular Neelofa dan Izara Aishah sudah lama bersahabat baik sejak terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja.

Ketika itu Neelofa dinobat sebagai Juara manakala Izara pula menduduki tempat kedua. Lebih manis kedua-dua mereka kini sudah berhijrah ke arah lebih baik.

Baru-baru ini, Izara dan Neelofa ada memuat IG live. Menerusi sesi itu beberapa soalan telah dijawab dan ada diantaranya mengenangkan kembali perjalanan seni mereka.

Bagaimanapun, satu soalan menarik ditanya bagaimana cara Neelofa menegur adik-adik yang belum berhijab. Jawapan yang diberikan Neelofa ternyata menjadi perhatian ramai.

Neelofa mengakui dia masih banyak kekurangan dan bukanlah sempurna. Namun, ujarnya dalam soal aurat kita tidak boleh berkompromi kerana ia adalah suruhan Allah yang perlu diikuti.

Jawapan diberikan Neelofa mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa ianya isu sensitif jika berkaitan ahli keluarga.

Dalam pada itu, ramai memuji kedua selebriti itu yang yang banyak berubah lebih-lebih lagi setelah berumah tangga dan kini keduanya sudah mempunyai cahaya mata.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  OHMYMEDIA

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.