Perkongsian Faizal Tahir Sentuh Hati Netizen, “MengaIir air mata, Sangat menyentuh hati buat saya yg punya anak istimewa juga”

Di Instagram penyanyi terkenal, Faizal Tahir berkongsi mengenai kehadiran anak ketujuhnya yang bernama Maryam Tahirah.

Menurutnya, Maryam Tahirah merupakan anak kurniaan Allah SWT yang sangat istimewa. Ketika isteri meng4ndung, doktor mengenalpasti ada beberapa m4salah dengan kandungan tersebut.

Yang pertama doktor memaklumkan Maryam menghadapi masalah berkaitan j4ntung yang kemudiannya disahkan Tetralogy of Fallot (TOF).

Waktu itu mereka memang diberitahu anak perlu dibedah dan mereka sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Beberapa bulan kemudian, mereka sekali lagi membuat imbasan keh4milan dan doktor mengesahkan ada masalah lain iaitu ada double bubbles.

Doktor kemudian mencadangkannya untuk melakukan pemeriksaan secara lebih terperinci kerana berkemungkinan anak dilahirkan down syndr0me.

Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu confirm d0wn sydr0me. Saya terima dengan baik alhamdulilah reda itu yang Allah SWT bagi. Tak ada rasa macam d0wn ke, frust ke ‘Kenapa anak aku ada d0wn sydr0me’. Itu dah tertulis.

Apabila memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, semua memberikan semangat dan jawapan yang positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Mendengar kata-kata itu hatinya berasa tersentuh kerana terpilih dikurniakan anak istimewa. Itu merupakan kekuatan buat dirinya dan isteri.

Malah, kehadiran anaknya itu diperlukan untuk menjadikannya seorang manusia lebih baik, manusia lebih bersyukur dan perbaiki diri.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut tersentuh dengan perkongsian Faizal Tahir sekaligus membuka mata mereka mengenai hidup.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Instagram Faizal Tahir

Sumber: Oh Media

Leave a Reply

Your email address will not be published.