Remy Ishak bimbang isteri h4mil semasa dia membawakan watak j4hat, “Takut Terkenan Watak dialog m4rah dan tidak suka kanak-kanak OKU”

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Remy berkata masih belum ada rezeki buat mereka menimang cahaya mata buat masa sekarang.

“Mungkin orang salah pandang dan kerana baju yang isteri saya pakai itu besar dikatakan h4mil. Kami masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekarang ini,” katanya.

Bakal muncul drama terbaru berjudul Jangan Benci Cinta, membawa watak Zafran iaitu seorang lelaki panas b4ran dan tidak suka anak kecil, Remy berkata dia bimbang jika sikap tersebut melekap pada dirinya jika bergelar bapa.

Menurut Remy, dia juga percaya dengan kata-kata ‘terkenan’ seperti yang selalu disebut dalam kalangan orang MeIayu.

“Bimbang juga isteri saya h4mil dalam tempoh saya membawakan watak dalam drama ini. Saya takut nanti terbawa-bawa dalam diri sendiri kerana Zafran selalu melontarkan dialog m4rah dan tidak suka kepada seorang kanak-kanak OKU.

“Sebelum ini saya tidak percaya kalau orang bercakap tentang terkenan, tapi bila sering berlaku dan melihat sendiri saya tahu perkara itu boleh terjadi,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.