“Eh nak sahaja saya cakap ‘aku bukan diva, aku lejen okey…;” Ogy Ahmad Daud kecewa dengan budaya kerja belakang tabir industri

“Saya bosan dengan budaya kerja dan mereka yang mel4curkan seni. Cukup!”

Itu penegasan yang terbit dari bibir seniwati hebat tanah air, Fauziah Ahmad Daud berhubung budaya dan kualiti kerja dalam indystri sinema tempatan yang disifatkannya semakin s0ngsang.

foto – buletin fm

“Saya amat kecewa dengan budaya kerja belakang tabir industri kita. Saya sangat-sangat kecewa.

“Kebanyakan mereka tidak faham skop kerja, tanggungjawab dan tidak mempunyai tahap pemikiran kritis.

“Misalnya, penolong pengarah hanya buat jadual, itu salah. Kalau berdepan dengan saya, saya nak berdebat sebab kerja yang kamu buat itu, saya dah buat,” kata Fauziah atau mesra dengan disapa dengan panggilan Ogy.

Jelas Ogy, 60, beliau tidak takvt untuk bersuara demi kemajuan industri kreatif tanah air dan menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan budaya atau amalan kerja yang salah.

“Saya dulu disuruh pasang ‘cable’, pasang itu ini sebab saya nak belajar. Sekarang usaha seperti itu sudah tiada dan budaya kerja generasi sekarang dah s0ngsang.

“Cukup dengan semua ini! Macam mana industri kita nak maju kalau terus begini? Saya berguru bukan dengan calang-calang orang. Allahyarham Jins Shamsuddin dan Saadiah antara guru saya dan mereka bukan ‘asal boleh’ punya orang.

“Jadi, saya nak betulkan urat-urat saraf yang dah haywire (kusut). Orang cakap usia saya dah 60 tahun pergi bersara, saya tak nak sebab saya nak betulkan dan fahamkan tanggungjawab sebagai orang seni.

“Generasi yang terlibat sekarang secara berleluasa ego tak bertempat. Kemudian cakap kita pula diva. Eh nak sahaja saya cakap ‘aku bukan diva, aku lejen okey’,” getusnya.

Disebabkan itu, Ogy muncul dengan filem pendek pertama arahannya sepanjang tempoh 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni yang diberi judul Asrar.

Dalam Asrar, Ogy turut bekerjasama dengan tenaga produksi yang rata-rata merupakan pelajar daripada bengkel lakonan kelolaannya sekitar November tahun lalu.

Filem Asrar boleh ditonton menerusi pembelian khas secara atas talian dalam laman web rasmi Ogy Venture & Network.

foto – sg.style.yahoo.com

Skrip filem berkenaan ditulis oleh bekas wartawan hiburan serrta penulis lirik, Slen Fadzil. Asrar merupakan adaptasi daripada karya terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) hasil tulisan Baharuddin Kahar berjudul Terima Kasih, Tuhanku.

Lebih menarik lagu runiut bunyi filem berkenaan juga merupakan nyanyian bekas wartawasn hiburan dan personaliti televisyen, Zainal Alam Kadir bertajuk Duniaku. Duniaku adalah hasil karya DatukJohari Salleh yang pertama kali dirakam pada tahun 1968 oleh Allahyarham S. Ahmad.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.