Ditinggalkan Kerana Orang Ketiga, Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

Sama seperti orang lain, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mendedahkan dia juga pernah gagal dalam percintaan serta ditinggalkan kekasih gara-gara orang ketiga.

Meskipun kisah sedih itu sudah lama berlalu, namun Nabila berkata rasa sakit itu masih dirasai hingga ke hari ini. Ujarnya lagi, walaupun sudah move on namun dia mangakui tidak boleh lagi duduk semeja dengan bekas kekasihnya itu.

“Cerita putus cinta ini dah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami sempat bercinta dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga… akhirnya saya ditinggalkan tanpa berita, tak tahu adakah hubvngan itu masih berterusan atau dah tak ada lagi.

“Sekarang ini masing-masing dah move on, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa… luka mungkin dah hilang cuma parut itu masih ada! Dend4m tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.

“Tak apa la masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus kerjaya, banyak benda yang saya perlu uruskan. Cinta? Saya masih belum fikirkan lagi buat masa ini,” katanya.

Hadir dalam pelancaran novel Kerana Cinta Itu baru-baru ini, Nabila berkata dia turut berkongsi idea dalam karya tulisan novelis Sophilea itu. Kata Nabila lagi, 50 peratus perjalanan kisah dalam novel itu ada kaitan dengan dirinya.

“Selalu kita sampaikan luahan isi hati dengan cara menyanyi, layan seorang diri memikirkan tentang si dia, jadi sebab itulah saya buat dalam bentuk novel pula.

“Saya pasti setiap orang ada kisah cinta masing-masing dan pembaca boleh kaitkan dengan kisah mereka juga… saya kongsi pengalaman ini supaya bila orang lain baca mereka juga dapat pengalaman sama.

“Setiap orang ada cerita yang mungkin sama dan diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus bangkit. Cumanya dalam novel ini watak dan jalan cerita diubah mengikut kesesuaian supaya lebih menarik untuk pembaca,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.