Achey buat surprise hari lahir isteri dengan Mercedes-Benz

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-32 tahun, pelawak Achey Bocey membuat kejutan menghadiahi isterinya, Hasanah atau lebih dikenali sebagai Anne sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah memberi bayangan ingin menggantikan kereta baharu buat isterinya dengan mengatakan kereta lama jenama Audi sudah tidak muat untuk mereka sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)

“Patutlah asyik bagi ‘hint’ cakap ‘muat lagi ke awak keluar dengan Tiara (anak) dengan kawan kalau naik kereta Audi tu’.

“Saya cakap, ‘boleh selit-selit terselit. Rupa-rupanya dia dah rancang awal,” kata Anne menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Anne turut melahirkan rasa apresiasi terhadap kereta lamanya yang juga merupakan hadiah pemberian suami yang sudah banyak berjasa buat dirinya.

“Terima kasih juga buat ‘baby kuning’ berkhidmat tujuh tahun untuk saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam di mana-mana.

“Alhamdulillah, jaga kami satu keluarga dengan baik. Jasamu dikenang. Nak jual pun air mata berderai sebab terlalu sayangkannya.

“Tapi apakan daya, kami bertiga naik dak muat dah, itu sebab Achey gantikan dengan baby baharu,” katanya.

Sebelum ini sekitar 2018, Achey, 36, menghadiahkan Audi TT dianggarkan bernilai RM285,000 bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang tersayang.

Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.