“Makcik tahu Kak Long berbakat”, Respon Ibu Kak Long 7E Bila Anak Masuk TV

Hari ini nama Kak Long 7E tiba-tiba kembali menjadi sebutan selepas tersebar gambar menunjukkan dirinya dijemput dalam satu program di stesen TV ALHIJRAH. Kemunculannya dalam program tersebut bagaimanapun mendapat kec4man walaupun ia belum lagi dtayangkan.

Pihak TV ALHIJRAH dalam satu kenyataan rasmi bagaimanapun telah menjelaskan perkara sebenar dan turut memutuskan untuk menangguh tayangan program terbabit.

Memetik laporan mStar yang menghubungi sendiri Kak Long 7E memaklumkan dia berharap agar orang ramai menghentikan kec4man ke atas dirinya dan stesen TV terbabit.

Terharu dijemput pihak TV ALHIJRAH

Kak Long 7E memaklumkan dia berasa kecew4 dengan kec4man berterusan dari orang ramai dan merasakan rezekinya akan tersekat.

Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kec4man berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.

Sudah-sudah kec4m saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kec4man terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Ke$ dengan 7Eleven pun dah berakhir. – Katanya.

Suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya

Kak Long 7E turut memaklumkan dia sudah penat untuk baca kec4man tanpa henti. Sekarang dia hanya ingin jalankan kehidupan normal bersama keluarga dan perlu berniaga untuk teruskan hidup dengan suami serta anak-anak.

Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya. – Katanya lagi.

Ibu kandung Kak Long 7E turut kasihan dengan nasib yang men1mpa anaknya.

Dalam pada itu, ibu kepada Kak Long 7E iaitu, Kamsah Haizam, 54 tahun turut meluahkan rasa sedih melihat nasib anaknya itu. Makcik Kamsah sedih melihat kecaman tiap kali membuka Facebook yang datangnya dari orang ramai dan juga orang yang dikenali.

Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan s4kit kepala, sebab itu dia luah. Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengec4m termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.

Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Yang kec4m tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah

Ibu percaya Kak Long 7E berbakat

Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan. Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti. – Jawab Makcik Kamsah tentang Kak Long 7E dijemput ke TV ALHIJRAH.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat Kak Long 7E agar apa yang berlaku ke atas dirinya dijadikan pengajaran serta berubah jadi lebih baik.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: mStar Online

Sumber: Oh Media

Leave a Reply

Your email address will not be published.