Rezeki Viral Bidadari Jual Pau, Bienda Tak Menang Tangan Layan Pelanggan

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan menjadi perhatian netizen.

Rupanya wanita tersebut adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Susulan video tular itu, ada yang menggelar Bienda sebagai ‘bidadari’ yang sanggup berpanas demi mencari rezeki.

Dalam temubual bersama mStar, Bienda berkata selepas perniagaan pau yang diusahakan bersama suami viral, dia tidak menang tangan melayan pelanggan.

Ditanya berapa tong dijual selepas videonya viral, Bienda bersama sebelum ini hanya dua tong terjual, sekarang enam hingga tujuh tong pau habis dijual.

Dalam pada itu, Bienda sempat mempromosikan pau yang dijualnya dimana harga pau tersebut sememangnya mampu milik dan paling murah.

“Harga pau kita ni antara pau paling murah dekat Malaysia. Harga pau mampu milik. Pagi-pagi orang datang beli.

“Bienda tengok dekat sini banyak orang yang susah, kadang-kadang datang beli pau sebiji, kita pun nak juga berkongsi dengan deorang, kadang-kadang kita belanja juga supaya masing-masing dapat rezeki,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.