“Kalau Kata Saya Kembar Aina Abdul, Maknanya Saya Nampak Muda Lah”

Meskipun sudah enam minggu program Big Stage 2022 bersiaran, namun usahawan kosmetik Datuk Seri Vida terus dikritik tidak melakukan tugasannya sebagai Presiden Netizen.

Menurut Vida, dia juga berhak untuk menyuarakan pendapatnya apatah lagi dia juga merupakan seorang penyanyi. Memberi alasan tidak mempunyai masa yang cukup, Vida turut meminta netizen untuk membaca sendiri komen-komen yang tular di laman Twitter.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Netizen tolong faham ya. Jangan cakap saya tak melakukan tugas. Saya diberikan masa yang sangat singkat, hanya 30 saat. Nak baca komen-komen di Twitter yang diberikan produksi, saya rasakan ada yang tak sesuai untuk dibaca.

“Jadi, saya beri pandangan saya juga sebab saya adalah DSV yang ‘another level’. Saya rasa boleh saja saya komen sama dengan juri. Saya pun pandai menyanyi.

“Saya pun penyanyi dan lagu pernah tular di seluruh dunia. Netizen, bagilah saya peluang nak meluahkan pendapat saya. Anda boleh baca Twitter sendiri.

“Kalau saya yang bacakan, mungkin tak sampai mesej itu. Sebab bacaan saya itu dengan loghat Kelantan. Saya kena kec4m sebab tak baca Twitter,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Mengulas mengenai penampilan solekannya dikecam teruk dan ada yang menyamakan imej tersebut sebagai cubaan menjadi seperti Aina Abdul, Vida tidak mengambil hati dengan komen tersebut. Vida juga memaklumkan ia adalah imej untuk lagu terbarunya yang berjudul Ku Ikhlaskan.

“Kalau nak cakap saya kembar Aina Abdul itu, maksudnya saya kelihatan muda lah. Tapi yang penting, saya bawa karakter untuk lagu terbaru saya,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu tersebut, Vida yakin bahawa video muziknya mampu memenangi anugerah berprestij seperti Oscar.

“Video muzik saya boleh menang Oscar! Insya-Allah 20 Mac depan akan dilancarkan. Saya keluarkan kos RM400,000 untuk pembikinan keseluruhan muzik video itu.

“Saya keluarkan kos yang tinggi pun tak dapat apa. Tapi saya nak saham akhirat yang mana kita nak dekat Ramadan, saya nak anda sumbang untuk saya bagi kepada yang memerlukan,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

SUMBER:  UTUSAN ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.