Kembali Berlakon, Iqram Mahu Buktikan Dirinya Tak GiIa

Kini kembali aktif berlakon menerusi drama Hati Yang Dikhianati, pelakon Iqram Dinzly berkata dia mahu membuang persepsi negatif netizen yang mengangp dirinya ada masalah ment4l.

Mahu dikenali sebagai Iqram Dizlycious, pelakon berusia 41 itu mengakui rasa ragu dengan keputusannya untuk kembali ke dunia seni.

foto – Mstar

“Kemunculan saya kali ini sebagai bukti bahawa persepsi orang yang mengatakan saya giIa adalah salah. Sebenarnya saya juga masih ragu-ragu adakah ini jalan yang terbaik buat saya. Justeru saya agak memilih apabila diberi tawaran berlakon,” katanya.

Dalam pada itu, Iqram berkata dia mahu membuang identitinya yang dahulu yang terlalu mengejar populariti. Kini dia mahu menjadi seorang pelakon yang mementingkan karya.

“Iqram Dinzly sebelum ini adalah seorang selebriti yang terlalu mengejar glamor. Sekarang saya mahu jadi anak seni yang pentingkan karya berkualiti.

“Jadi ada yang katakan saya giIa, itu adalah Princhiqy dan ia sekadar satu watak lain yang saya tampilkan di media sosial,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.