Mawar Rashid Sed!h ‘Ditinggalkan’ Suami Tunai Umrah

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa sedih tidak dapat mengikuti suaminya, Raf Yaakob menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci.

Dalam entri tersebut, Mawar tidak dapat turut serta untuk mengerjakan umrah kerana perlu menjaga anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Rasa gembira bercampur sed1h kerana tidak dapat ikut. Cemburu sebab Raden dapat beramal bersama jemaah dan tok guru kami, Abuya. Saya tidak dapat ikut sebab anak-anak tiada orang jaga,” katanya.

Mawar turut memberitahu dia akan berpisah buat sementara waktu dengan suami tercinta lebih kurang tiga minggu.

Meskipun tidak dapat mengerjakan umrah bersama suami, Mawar tetap gembira kerana sudah merancang untuk ke Tanah Suci bersama keluarga pada hujung tahun ini.

“Semoga doa kami termakbul untuk sampai ke sana (Mekah). Saya doakan siapa sahaja yang impikan untuk sampai ke Mekah juga akan termakbul.

“Selamat menunaikan ibdah dan semoga dikurniakan umrah yang mabrur untuk suamiku tercinta,” tulisnya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  KOSMO!

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.