gara-gara satu Gambar Zara Zya Dikec4m Riak

NAMA pelakon cukup berbakat Zara Zya kembali menuai perhatian dan cakap-cakap netizen dalam media sosial.

Jika sebelum kerap terpalit kec4man atau menggeletek hati ramai dengan konten kelakar, kali ini sedikit berbeza apabila isu yang dijadikan modal netizen untuk ‘membawang’ lebih kepada sumber inspirasi buat ramai orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Semuanya gara-gara foto kenangan berdiri di sebelah kereta idamannya, Porsche 718 Boxster yang baru dibeli minggu lalu.

Manakan tidak, kereta mewah yang rata-rata hanya mampu ‘tengok’ itu bukan murah dan dipercayai bernilai hampir setengah juta ringgit.

Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin bagaimanapun menjelaskan, langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimiliki.

“Kali ini saya dapat juga kec4man tapi tak seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini apa saja saya buat pasti akan dapat kec4man lengkap dengan h1naan.

Menunjuk-nunjuk

“Tak kisahlah perkara baik ke murni ke, apa yang saya lakukan tetap ada bahan untuk mereka (netizen) perkatakan.

“Itu belum saya reviu (ulasan berbayar) produk-produk kesihatan dan ke1ntiman suami isteri, lagilah teruk saya kena lanyak. Tapi bab kereta baharu ini, mereka ada juga kata saya riak, tapi terpulanglah,” katanya yang enggan memperincikan harga sebenar kereta berkenaan.

Tegas pelakon drama Pia itu, seperti biasa dia memang tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata dan fikir apa sahaja terhadapnya.

Katanya lagi, terserahlah kepada mereka untuk buat apa sahaja selagi tidak menyentuh sensitiviti keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)


Sedikit mengenai kereta idamannya, Zara mengambil masa lebih daripada setahun memerah keringat menabung serta mengumpul wang demi melunaskan impian memiliki kereta berkenaan.

“Ini cara saya hargai diri atas apa yang saya lakukan bertahun lamanya. Lain orang lain caranya.

“Perihal ri4k atau sekadar berniat menunjuk-nunjuk, itu tidak sama sekali. Ini hanyalah permulaan dan saya mahu jadikan itu sebagai satu sumber inspirasi buat semua untuk terus berjaya tanpa kenal erti putus asa.

“Selebihnya, terpulang kepada mereka. Demi Allah niat saya muat naik foto bersama kereta tersebut hanya untuk kenangan manis sahaja dan tidak lebih daripada itu,” tuturnya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.